PRODUK
HARMONI memberi manfaat secara 'quadruple helix' kepada pelbagai pihak melalui servis dan produk yang ditawarkan seperti berikut:
Untuk Ahli Berdaftar Sahaja:
1. Komuniti poligami yang positif untuk ahli di setiap daerah.
2. Komuniti khas bagi ahli veteran poligami.
3. Komuniti khas bagi ahli yang tidak berpoligami.
4. Komuniti khas bertujuan pengembangan minat, bakat & kerjaya.
5. Komuniti khas untuk ahli bagi tujuan jaringan perniagaan.
6. Aktiviti-aktiviti dakwah, tarbiyah & islah yang bersepadu berdasarkan silibus.
7. Program-program tarbiyah sokongan untuk anak-anak.
8. Aktiviti-aktiviti santai seperti perkhemahan, hari keluarga dan konvoi.
9. Akses kepada perpustakaan berkaitan poligami harmoni.
10. Akses kepada pangkalan data bagi tujuan proses temujodoh sesama ahli.
Untuk Ahli/Bukan Ahli Berdaftar:
1. Siri Kursus Persijilan berasaskan Kurikulum Bersepadu Perkahwinan Poligami
(Tahap 1, 2 & 3).
2. Siri 'Boot Camp' untuk pasangan bermasalah.
3. Siri Program Lelaki Hebat.
4. Siri Program Wanita Hebat.
5. Siri Bimbingan (Coaching) untuk Suami, Isteri Pertama & Isteri Baru.
6. Siri Kursus Keusahawanan.
7. Akses kepada media massa, sosial & penerbitan elektronik.
Untuk Institusi Akademik:
1. Kerjasama penyelidikan.
2. Pembentukan model & modul.
3. Akreditasi, pensijilan dan kawalan kualiti.
4. Pembentangan kertas kerja di dalam seminar, kolokium, simposium, dll.
Untuk Kerajaan & Agensi Penguatkuasaan:
1. Konsultasi pembentukan polisi/ pembaharuan undang-undang.
2. Libat-urus dalam pelaksanaan polisi kerajaan.
3. Menjadi pemudahcara di antara agensi-agensi kerajaan & NGO berkaitan
isu poligami.