KEAHLIAN
Apa yang dimaksudkan dengan HARMONI ?
Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia (PPM-023-14-05032019) atau secara ringkasnya disebut sebagai “HARMONI” adalah merupakan satu pertubuhan yang mempunyai cawangan di seluruh negeri, daerah dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Ia telah didaftarkan di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Kuala Lumpur pada 05 Mac 2019.
apakah visi HARMONI?
Menjadi platform yang menyatukan semua pengamal / penyokong poligami harmoni walau di mana sahaja mereka berada serta menjadi pusat sehenti / rujukan utama yang diiktiraf oleh semua pemegang taruh.
Nota:
Pemegang Taruh = agensi penguatkuasaan, institusi keagamaan kerajaan (peringkat persekutuan, negeri, daerah, mahupun tempatan), institusi parlimen, institusi kehakiman, badan berkanun, institusi akademik, platform pengamal / penyokong poligami harmoni dan / atau orangawam yang berkaitan.
[Rujukan: Perlembagaan HARMONI 2019]
apakah matlamat penubuhan HARMONI?
1. Menyatukan semua platform, mengumpul pangkalan data serta mengadakan kerjasama dengan semua pemegang taruh. [PENYATUAN]
2. Membimbing, melindungi dan membela kehormatan / kebajikan mana-mana ahli yang teraniaya atau memerlukan bantuan. [PEMBELAAN]
3. Mengadakan sebarang aktiviti pendidikan berunsurkan bimbingan dan kesedaran berkaitan poligami harmoni kepada semua pemegang taruh. [PENDIDIKAN]
[Rujukan: Perlembagaan HARMONI 2019]
Apakah NILAI-NILAI UTAMA di dalam HARMONI?
1. Berbincang secara ilmiah sesama ahli berasaskan dalil-dalil dan maklumat berasaskan sumber yang sahih. [ILMIAH]
2. Menghormati keunikan personaliti setiap ahli. [UNIK]
3. Menjaga ukhwah dan silaturahim sesama ahli. [UKHWAH]
4. Menjaga kebajikan setiap ahli. [KEBAJIKAN]
Apakah AKTIVITI TERAS di dalam HARMONI?
1. Diskusi alam maya. [MUNAQASYAH]
2. Menghadiri majlis ilmu bersama-sama. [DAURAH]
3. Perkelahan keluarga di tempat bersantai. [REHLAH]
4. Melawat tokoh-tokoh terpilih dan / atau melawat ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan dll [ZIARAH]
Apakah bentuk PERKHIDMATAN yang ditawarkan oleh HARMONI?
HARMONI membantu ahli-ahli di dalam perkara-perkara berikut:
1. Menguruskan permasalahan ahli-ahli berkaitan urusan Nikah, Cerai & Rujuk [NCR]
2. Menguruskan kebajikan ahli-ahli yang berada di dalam kesusahan dan/atau teraniaya [KEBAJIKAN]
3. Mengendalikan proses temujodoh sesama ahli [TEMUJODOH]
4. Mengembangkan aktiviti ekonomi sesama ahli [EKONOMI]
5. Membantu ahli-ahli mendapatkan konsultasi profesional pada harga yang bersesuaian [KONSULTASI]
6. Menerima aduan dan memberikan khidmat nasihat yang bersesuaian demi memupuk suasana sakinah, mawaddah dan rahmah [ADUAN]
7. Mendidik dan melatih ahli-ahli di dalam bidang kemahiran, pengurusan, kekeluargaan, keibubapaan, kepimpinan dan sebagainya berasaskan Tiga (3) prinsipdakwah, tarbiyah dan islah [BIMBINGAN]
8. Membentuk komuniti poligami yang menjiwai Tiga (3) konsep HATI-HIKMAH-HARMONI di seluruh Malaysia untuk ahli-ahli berpartisipasi [KOMUNITI]
9. Membantu ahli-ahli meningkatkan Tiga (3) tahap ILMU-IMAN-AMAL masing-masing berteraskan Tiga(3) rukun utama iaitu AQIDAH-SYARIAH-AKHLAK yang sahih di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah [KEROHANIAN]
10. Membantu ahli-ahli memahami, mematuhi dan membudayakan Lima (5) prinsip Maqasid Syariah di dalam setiap gerakerja HARMONI mahupun di dalam keluarga masing-masing [BUDAYA]
Apa kategori keahlian yang terdapat dalam HARMONI?
Terdapat 2 jenis keahlian yang diamalkan di dalam Persatuan Poligami Harmoni Malaysia (HARMONI) iaitu :
1. Keahlian biasa
2. Keahlian seumur hidup
Adakah saya perlu memperbaharui keahlian setiap tahun?
Semua kategori keahlian wajib memperbaharui keahlian pada bulan Disember setiap tahun KECUALI Keahlian Seumur Hidup. Rujuk jadual yuran pembaharuan keahlian di bawah
JENIS KEAHLIAN |
YURAN PEMBAHARUAN (TAHUNAN) |
Ahli Biasa | YA |
Ahli Seumur Hidup | DIKECUALIKAN |