KENALI KAMI

HARMONI Pada Masa Lalu

Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia [PPM-023-14-05032019] atau secara ringkasnya disebut “HARMONI” adalah sebuah pertubuhan dakwah Islamiyyah yang bertaraf kebangsaan dan mempunyai cawangan di seluruh negeri serta daerah di Malaysia. Ia telah didaftarkan di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2019.

HARMONI Pada Masa Kini

HARMONI berhasrat untuk membentuk komuniti yang didokong oleh pelbagai lapisan rakyat sama ada di peringkat atasan sehinggalah ke peringkat akar umbi rakyat. Struktur pentadbiran HARMONI telah dibina bagi membolehkan polisi “Satu Komuniti HARMONI di setiap Satu Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)” dapat direalisasikan.

Sehingga ke hari ini, HARMONI telah dianggotai oleh ahli-ahli yang mempunyai pelbagai latarbelakang sama ada daripada kumpulan profesional, anggota-anggota keselamatan dan pertahanan, pegawai-pegawai kerajaan di dalam institusi kehakiman & perundangan, para ilmuan di institusi akademik sehinggalah kepada para pekerja yang berkemahiran di dalam pelbagai bidang sama ada di kalangan penjawat awam, swasta mahupun yang berkerja sendiri.

HARMONI Pada Masa Depan

Kepelbagaian latarbelakang kerjaya ini merupakan khazanah pengalaman dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan secara sinergi oleh ahli-ahli HARMONI mahupun oleh badan-badan kerajaan, institusi akademik dan semua pihak berkepentingan yang berkaitan.

Bilangan keahlian HARMONI sentiasa berkembang dari semasa ke semasa memandangkan HARMONI mempunyai 42 ribu ahli yang masih belum berdaftar secara rasmi seperti yang terdapat di beberapa grup media sosial milik HARMONI mahupun milik rakan strategik HARMONI.

VISI

Menjadi peneraju pembangunan keluarga poligami harmoni di Malaysia.

MISI

1. Membentuk jaringan KOMUNITI poligami yang cekap dan berkesan di kalangan ahli dan/atau pihak berkepentingan berasaskan kepatuhan kepada Hukum Syarak, Rukun Negara dan undang-undang Malaysia.

2. Melaksanakan aktiviti PENDIDIKAN berkaitan amalan terbaik poligami harmoni kepada semua ahli dan/atau pihak berkepentingan secara menyeluruh/bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Al-Quran, As-Sunnah serta Ijmak.

3. Melindungi dan membela KEBAJIKAN ahli yang teraniaya dan/atau memerlukan bantuan melalui penggemblengan semua sumber secara cekap dan berkesan.

MOTTO

Hati, Hikmah & Harmoni

SERUAN

Bersama membentuk keluarga harmoni.

SUSUK GERAKAN

1. HARMONI merupakan pertubuhan yang mendukung prinsip Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. [ASWJ]

2. HARMONI merupakan pertubuhan yang mementingkan kepatuhan kepada Hukum Syarak, Maqasid Syariah, Rukun Negara dan Undang-undang Malaysia. [KEPATUHAN]

3. HARMONI merupakan pertubuhan yang bersifat non-partisan terhadap mana-mana parti politik di Malaysia. [NON-PARTISAN]

4. HARMONI merupakan pertubuhan yang membela kebajikan dan kehormatan ahli-ahlinya. [PEMBELAAN]

5. HARMONI merupakan pertubuhan yang bekerjasama dengan ulil amri dan semua pihak yang mendokong amalan terbaik poligami harmoni, [BEKERJASAMA]

6. HARMONI bukan pertubuhan yang mempromosikan poligami sebaliknya menggesa sesiapa yang telah berpoligami agar sentiasa memperbaiki diri dan keluarga [TIDAK PROMOSI]

7. HARMONI bukan pertubuhan yang meremehkan perjuangan orang/ institusi lain sebaliknya mementingkan sikap Wasatiyyah, Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal dalam setiap pergerakan. [WASATIYYAH & WAHDATUL FIKR/ AMAL]

8. HARMONI merupakan pertubuhan yang menyeru kepada perlindungan hak asasi manusia, keadilan, keamanan dan menyebarkan kasih sayang, bukan menyeru kepada perpecahan dan kebencian. [KASIH SAYANG]

9. HARMONI merupakan pertubuhan yang mementingkan amalan Syura, Profesionalisma, Integriti dan Kualiti di dalam tadbir-urusnya. [SPIK]

10. HARMONI merupakan pertubuhan yang mementingkan aspek waqaf, dakwah, tarbiyah dan islah dikalangan ahli-ahlinya. [WADATI]

Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia (HARMONI) [PPM-023-14-05032019] ditubuhkan pada 5 Mac 2019 di pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kuala Lumpur.
Laman ini dibina dan dikemaskini oleh PoligamiHarmoni.org
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram